
Wednesday, 28 August 2013
ALAM
PENGHAYATAN ZIKIR
Seorang yang sedang beriktikaf di masjid berzikir,solat sunat,membaca quran,bertafakur;didatangi seseorang yang memerlukan pertolongan.Mana nak diutamakan?Dia pun bingkas bangun mencari jalan untuk menolong!Dia berjaya.Itulah sepatutnya.Kata Nabi;sebaik baik manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain.Berzikir dan dapat membantu atau setidaknya mencari jalan itulah tanda zikir telah dihayati.Berzikir tapi tidak pedulikan orang itulah tanda zikir hanya di bibir semata!
Tuesday, 27 August 2013
APA YANG KITA MAKAN?
PERJALANAN HIDUP
Perjalanan hidup ini ada noktahnya.Hidup pasti mati.Mati itulah jalan menuju ke kampung akhirat,negeri tempat tinggal kita.Disanalah kita menuju.Dunia tempat menyediakan bekal.Hidup di sana bekalnya dibawa dari sini.Berjalan atas dunia fana ini sekadar mencari dan menilai diri,mengenang dosa dan mencari hikmah agar mengenal.Allah
Ramai yang menyangka dunia ini tempat tinggal selamanya.Ini dapat dibuktikan melihat kepada manusia berhabis habisan dan semahunya memburu dunia siang dan malam,jatuh menjatuhkan,mengabaikan Allah.Dalam mengejar hidup dunia seolah tiada lagi pedulikan Allah solat diabaikan,aurat didedahkan,syariat tidak dipedulikan,Islam diperkecilkan,lepas dan bebas,menghina Nabi menjadi lumrah tanpa rasa bersalah,riba jadi mainan,penindasan berlaku di mana mana.Tidakkah semua ini menggambarkan seolah dunia inilah tempat tinggal selamanya!Sesungguhnya syaitan adalah musuh manusia yang nyata.Nafsu pula tugasannya mengajak manusia pada kejahatan.Nafsu dan syaitan bersekongkol untuk merosak dan mnyesatkan manusia.Dilalaikan manusia sehingga manusia memburu dunia seumpama dunia inilah tempat tinggal abadi.Dunia telah bertapak di hati,akhirat hanya di tangan.Manusia mudah melepaskan akhirat sedangkan akhirat tempat tinggal sebenar.Manusia sukar melepaskan dunia sedangkan.dunia bukanlah tempat tinggal selamanya.Sepatutnya Allah di hati.Dunia di tangan.Akhirat.diutamakan.Syaitan mengalir dalam.darah manusia lantaran mendapat laluan nafsu.Nafsu musuh yang sedia ada dalam tubuh manusia.Syaitan musuh dari luar yang sentiasa menunggu peluang.Nafsu merupakan highway kepada syaitan.Bersihkan hati.Hatilah tempat jatuhnya pandangan Allah.Kenapa hati?Hati umpama raja.Baik hati baiklah seluruh rakyatnya.Hati ialah raja,anggota badan ialah rakyatnya.Manusia sudah melupakan Tuhan lantaran hati yang rosak.Misi syaitan dan nafsu hendak menguasai hati.Setiap masa berlaku peperangan sengit antara malaikat dan syaitan.Jika dikuasai malaikat akan baiklah manusia.Kalau dikuasai syaitan maka sebaliknya berlaku!Jika dikuasai malaikat maka dipenuhi hati dengan sifat baik umpamanya cintakan Allah,pemurah,sabar,berlapang dada,sangka baik,redha dan banyak lagi.Kalau dikuasai syaitan maka penuhlah hati dengan sifat keji seumpamanya mensyirikkan Allah,pemarah,kedekut,sangka buruk,riak,ujub,sumaah,sombong dan banyak lagi.Sampai masa tidak dapat dielak lagi.Mati.Malaikat maut menziarahi kita tiga kali.Dua kali ada tandanya yakni beruban dan sakit pinggang yang ketiga tiada tanda lagi tak terlewat dan cepat melainkan dicabut nyawa!Malaikat maut menziarahi kita sehari puluhan kali agar sangat kenal kita supaya tiada silap mencabut nyawa di mana kita atau apa keadaan kita sekalipun!Sakitnya bagaikan ditetak pedang 300 kali atau seumpama kulit kambing yang disiat hidup2..Aduh!Sudah bersediakah kita?Roh meneruskan perjalanan meninggalkan jasad menuju alam barzah..Friday, 23 August 2013
Masjid
Sebaik2 tempat di atas muka bumi ini ialah masjid.Masjid rumah Allah.Seutama rumah Allah ialah Masjidil haram,Masjidil Nabi dan Masjidil Aqsa.
Masjid tempat bermunajat,bersolat,berzikir,membaca quran malah tempat bermasyarakat.Masjid tempat pertemuan,muzakarah,berkasih sayang.Masjid kalau.dizaman.sahabat ramai tetapi tidak bising masing2 melakukan.ibadah.Masjid akhir zaman besar,cantik,berhawa dingin tetapi kurang pengunjungnya malah tiada ketenangan bising seperti pasar malah bergaduh dan bersenget senget hati.Masjid sudah hilang ketenangan dan fungsinya.Boleh jadi ada kaitannya dengan cara membinanya.Sewaktu dulu dibina bergotong royong,sumbernya hasil sumbangan orang ramai dan niat nak cari redha Allah.Semua orang sayangkan masjid,benar benar sebagai rumah Allah.Adab masjid dijaga.Hubungan dgn Allah dijaga.Kasih sayang terserlah.Hari ini besar dan cantik,tapi hanya menjadi tarikan pelancong.Zaman Rasulullah ada seorang yang datang nak membunuh Nabi telah ditangkap Sayidina Umar dan diikat di tiang Masjid Nabi.Datang Rasulullah suruh dibebaskan,dan dijadikan tetamu.diberi makan dan dilayan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.Kemudian ditanya oleh Rasulullah hendak tak dia beriman,dia tidak mahu.Rasulullah telah melepaskan dia.Setelah beberapa langkah keluar dari Masjid dia datang kembali dan menyatakan hasratnya utk beriman.Apabila ditanya kenapa tidak pada awalnya,jawabnya dia tak mahu orang lain mengatakan dia beriman sebab takutkan Nabi tetapi dia beriman kerana Allah.Inilah antara fungsi masjid,orang yang memusuhi malah nak membunuh Nabi pun dapat diIslamkan lantaran.akhlak Nabi dan adanya suasana amal.dan kasih sayang di kalangan.para sahabat di masjid.Subhanallah.Masjid diimarahkan 24 jam.Sentiasa ada sahabat yang keluar masuk sama ada untuk amal sendiri,majlis ilmu,majlis zikir atau ada yang berkhidmat.Masjid benar2 berfungsi dan.hidup.Hari ini masjid dibuka dan dikunjungi sewaktu solat semata,itu pun kalau ada.Sesetengah tempat itu dialah siak,dialah bilal,dialah imam.Cukup masa ditutup dan dikunci.Marilah kita kembalikan peranan masjid.Solat jemaah didirikan setiap waktu bagaikan solat jumaat,majlis ilmu hidup dan dipenuhi malah dinanti nanti,muzakarah dihidupkan,mesyuarat sering diadakan(membincangkan hal dakwah,masyarakat,ekonomi,budaya malah apa sahaja untuk kepentingan Islam)sentiasa ada yang beriktikaf.Masjid hidup sebagai tempat mewujudkan hubungan dengan Allah dan mewujudkan hubungan sesama manusia.Wujudlah masyarakat Islam dari sini dan seluruh hidup dibangunkan cara hidup Islam lantaran solat dan masjid hidup!Thursday, 22 August 2013
IBU DAN AYAH
Wednesday, 21 August 2013
ALLAH YA ALLAH
DAKWAH
Tuesday, 20 August 2013
ADAB BERZIARAH
Islam sangat menganjurkan kita berziarah.Ziarah dapat mengeratkan kasih sayang,menghubungkan jasadiah dan merapatkan hati.Tetamu yang datang membawa rahmat dan perginya menggugurkan dosa dosa tuan rumah.Alangkah untungnya ziarah menziarahi.Sambutlah kedatangan tetamu dengan senyuman,bersalaman dan jemputlah masuk dan menjemputnya duduk di tempat yang selesa.Bertanya khabar dan berbual perkara2 yang menyenangkannya.Sebaiknya segerakan menyediakan hidangan.Hidangkanlah makanan yang paling sedap yang dapat disediakan ikut kemampuan kita.Namun jangan pula sampai berlebih lebihan sehingga berlaku pembaziran.Perlu bijaksana.Jangan pula segera mengangkat hidangan kerana boleh jadi ada tetamu yang ingin mengulangi makan hidangan yang sama.Jangan sesekali membezakan layanan terhadap tetamu,tak kira apa kedudukan atau pangkat seseorang itu semuanya diraikan sebaik baiknya Bahkan tetamu yang belum Islam pun diraikan sebaik mungkin,boleh jadi juga menjadi sebab untuknya memeluk Islam.Apabila tetamu hendak balik,hantarlah mereka keluar ke pintu rumah atau lebih baik lagi sampai ke kenderaan mereka.Iringilah kepulangan mereka dengan doa doa yang baik dan ucapan yang baik.Alangkah indahnya berziarah,dapat menegakkan sunnah,dapat mengeratkan kasih sayang.In shaa Allah.Manakala bagi yang datang berziarah jagalah juga adab adab antaranya berilah salam ditepi pintu,elakkan berdiri di depan takut terpandang aurat rumah.Berilah salam sebanyak tiga kali,kalau tiada jawapan bersangka baiklah.Seeloknya sebelum datang telefon terlebih dahulu supaya kedatangan kita tidak menimbulkan masalah pada tuan rumah.Duduklah di ruang yang telah ditetapkan,kalau perlukan apa apa minta izin tuan rumah terlebih dahulu.Membawa sesuatu sebagai buah tangan adalah suatu keutamaan yang dapat merapatkan lagi hubungan hati.Berbuallah perkara2 yang disenangi.Elakkan berbual perkara yang mendatang rasa tak puas hati.Lahirkan kemesraan agar pertemuan itu dapat meningkatkan kasih sayang.Insya Allah.
KEIKHLASAN
"Aku khuatir akan membunuhnya kerana marah,bukan kerana Allah."Sayidina Ali r.a. ketika ditanya mengapa dia melepaskan musuhnya setelah musuh itu meludah mukanya.Beginilah hebatnya akhlak para sahabat yang tiada tandingannya.Mengajar kita betapa pentingnya setiap pekerjaan yang kita buat dilakukan kerana Allah.Mudah untuk mengatakan kerana Allah.Payah dan sulit sekali untuk mengikhlaskannya.Akhlak Sayidina Ali ini mengajar kita walaupun musuh telah meludah mukanya tetapi dilepaskannya kerana sudah timbul rasa marah,beliau tidak mahu membunuh kerana marahnya akibat ludahan itu.Maka dilepaskannya.Beliau menjaga hatinya,kerana tujuannya mencari redha Allah.Apalah gunanya melakukan sesuatu tanpa mendapat keredhaan Allah.Saidina Muaz.diberitahu Nabi bahawa langit ada tujuh lapis dan setiap lapis itu ada malaikat penjaganya.Setiap kali beramal akan dibawa amal itu menempuh setiap pintu langit.Amal akan dicampak semula apabila tiba di pintu pertama amal seseorang itu yang si pengamalnya suka mengumpat,begitulah di langit seterusnya amal seseorang akan ditolak bilamana ada cinta dunia,sombong,riak,hasad dengki,tiada perasaan kasih sayang dan adanya sumaah.Semuanya ditolak.Malah yang paling sulit sekali ialah sifat ikhlas.Ikhlas rahsia Allah.Allah yang jadikan hati kita,Allah yang tahu apa yang ada dalam hati kita.Subhanallah.Mari kita muhasabah;suatu masa dulu kita pernah menolong seseorang.Kita kata menolongnya kerana Allah.Setelah beberapa tahun orang yang kita pernah tolong sudah senang dan sewaktu bertemu dengannya dia 'buat buat tak kenal'kita.Apa perasaan kita sewaktu itu?Boleh jadi kerana marahnya kita,diceritakan pula pada orang lain yang orang itu tak mengenang jasa dan sebagainya!Bermakna apa yang dibuat selama ini tidak ikhlas,tidak kerana Allah.Apa yang dapat?Rugi dunia akhirat.
IKIM.FM
Sekitar Mac 2013 dgn izin Allah telah bersiaran dlm rancangan Motivasi Pagi IKIM selama 10 minit setiap pagi selama sebulan.Boleh terus dengar dan dapatkan di IKIM Minda Pagi(shazan sulaiman).Rancangan ini telah dikendalikan oleh Pyan dan Siti.Alhamdulillah,terima kasih semua.
Monday, 19 August 2013
MERDEKA
Jalur Gemilang dikibar.Boleh jadi ramai juga yang tidak mengibarkannya.Beberapa tahun sudah,kelihatan berkibaran disetiap kenderaan dan berkibaran di rumah dan premis perniagaan.Mungkin jiwa marhaen lapang dan merdeka.Namun tahun 2013 kibaran itu tiada lagi,seolah olah tiada apa yang berlaku.Mungkin jiwa sudah terjajah dengan rasa tidak puas hati,kos hidup yang meningkat,janji2 yang dicapati,dasar yang mencengkam.Rakyat memprotes secara senyap,tiada kibaran bendera.Kemerdekaan setiap tahun yang.disambut setiap 31 Ogos lantaran mendapat kemerdekaan daripada penjajah sekitar 400 tahun.Bermula dengan penjajahan Portugis(1511)Belanda(1641)British(1786)Jepun(1941)British(1942-1957).Daripada zaman kesultanan melayu yang memerintah tanpa campurtangan penjajah,malah Melaka pernah menjadi empayar menguasai Kampar,Aru,Rokan,Inderagiri,Siak,Riau dan menguasai ekonomi sehingga digelar 'emporium asia tenggara'.Lebih membanggakan Melaka merupakan pusat perkembangan Islam terkemuka dan berpengaruh pada masa itu.Barat yang disebalik tabirnya ialah yahudi merasa bimbang akan situasi ini sehingga Portugis telah melagang kedatangan ke timur atas tiga prinsip gold,god,glory.Mencari kekayaan(utk meruntuhkan ekonomi.Islam),menyebarkan kristian(utk menyekat.pengaruh Islam) dan mencari kemasyuran agar seolah2 merekalah yang telah membawa ketamadunan.Tugasan diteruskan oleh kuasa penjajah yang lain Belanda dan British,meskipun nampak bersaing sesama sendiri untuk menjajah namun matlamatnya sama.3G.(gold,god,glory)Kebijaksanaan dan kelicikan pihak barat,diberinya kemerdekaan kepada kita tetapi dengan mengguna pakai sistem yang mereka tinggalkan.Ya kita sudah merdeka tetapi apalah ertinya kemerdekaan sebegini rupa.Merdeka tetapi terikat dengan Perlembagaan Lord Reid,merdeka tetapi ekonominya kapitalis(yang kaya bertambah kaya,yang miskin tetap miskin)budayanya kebaratan,agama dipandang sepi,artis disanjung tinggi,jenayah menjadi jadi(hidup dalam ketakutan) dan banyak lagi perkara yang masih terjajah.Merdeka!merdekakanlah akal dari belenggu sekularisma dan apa2 isme,merdekakanlah hati dari sifat2 keji.Barulah bermakna sebuah kemerdekaan!Merdeka!