Kita berdakwah untuk mengajak manusia kepada Allah.Kita berdakwah untuk baiki diri sendiri.Kita berdakwah untuk selamat dan sebagai penyelamat.Baiki diri maksudnya sampai mengenal Allah dan Rasul.Baiki diri membina taqwa dan menghalusinya.Berdakwah sampai manusia tunduk kepada Allah.Berdakwah sampai terhasilnya akhlak yakni akhlak dengan Allah.dan sesama manusia.Akhlak dengan Allah,membesarkan Allah,mencintaiNya,malu padaNya,takut padaNya,rasa diawasiNya dan banyak lagi.Akhlak sesama manusia itu antaranya saling menghormati,berkasih sayang,ada kemesraan,berlapang dada,bersangka baik,dan sebagainya.Pendakwah wajib usahakan ini sungguh2 supaya jadi model di tengah masyarakat.Jadi ikutan.Jangan sampai timbul cakap cakap pendakwah pun sama,tak berakhlak,tak mesra,tak ambil berat.Lebih parah lagi seolahnya mengajak orang pada kumpulan dakwah semata tetapi tidak kepada Allah.Jangan sampai tertipu, kumpulan atau jemaah itu hanya alat sahaja.Matlamatnya Allah dan Rasul.
Friday, 27 September 2013
Wednesday, 11 September 2013
KASIH SAYANG ALLAH
Hidup ini sementara.Dunia tempat sediakan bekalan.Akhirat kampung kita.Terlalu byk dosa yang telah kita lakukan lantaran kelemahan dan kelalaian.Mati jalan pertemuan kita dgn Allah.Samada balik membawa dosa atau mendapat redha Allah.Kalau tidak sempat bertaubat bermakna mati membawa dosa.Nauzubillah.Allah Maha Penyayang,Allah datangkan ujian dalam hidup kita sakit,susah,dikeji,dipulau,kehilangan dan sebagainya sebagai tanda kasih sayang Allah.Bukannya Allah nak menyusahkan kita.Secara zahirnya nampak begitulah sakit menyusahkan,orang keji menderita jiwa,kesusahan menyebabkan tidak selesa.Kalau dilihat dengan mata hati rupa2nya ada kasih sayang Allah pada kita.Setiap ujian yang datang atas dua maksud penghapusan dosa2 atau peningkatan darjat di sisi Allah.Subhanallah di sebalik ujian itu Allah nak bersihkan dosa2 kita agar sewaktu kembali pd Allah nanti kita bersih dan telah diampunkan segala dosa.Syaratnya setiap ujian yg datang itu rasakan dari Allah,ikhtiar utk selesaikan,sabar dan tawakal.Insya Allah jiwa pun tenang dan bahagia.Barulah sewaktu susah atau senang,puji atau keji,sakit atau sihat ..tidak keluh kesah malah sentiasa senyum menerima ujian!