Monday, 14 October 2013

MASALAH BUASIR

Apa itu Buasir?
Buasir adalah pembengkakan yang berlaku pada saluran darah “vein directum”. Buasir keluar darah apabila kita buang air besar. Pada peringkat yang lebih teruk, akan keluar sesuatu seperti lendir pekat berwarna merah darah melalui dubur & ia memang bercampur darah
Menurut perubatan Siddha Ayurvedha, terdapat 9 jenis buasir diikuti oleh komplikasi perut, kolon dan rektum di kalangan manusia dan salah satu daripadanya dikenali sebagai Buasir berdarah atau Hemorrhoids. Hemorrhoids adalah bengkak yang luar biasa pada urat di hujung usus besar dan dubur. Ianya lebih meyerupai urat yang bengkak dimana, dapat dilihat pada kaki seseorang. Apabila urat Buasir yang membesar diranggsang menyebabkan sekitar membran membengkak, pedih, gatal, terasa sakit dan berdarah. Buasir disebabkan oleh tekanan yang berlebihan pada hujung usus besar yang menyebabkan pendarahan serta dinding usus membengkak dan kadangkala ianya pecah.
Tedapat dua jenis Buasir : Dalaman dan Luaran
Buasir Dalaman selalunya tidak menyebabkan kesakitan atau gatal dan anda tidak boleh merasanya kerana ianya terdapat pada bahagian paling dalam di usus besar. Buasir dalaman adalah tidak merbahaya, tetapi pendarahan itu disebabkan oleh kanser dan ianya haruslah dirawati.
Kebanyakan petanda yang sering kita dengar disebabkan oleh Buasir Luaran, antaranya adalah seperti kesakitan, kepedihan dan kegatalan. Jika Buasir Luaran menjadi besar dan tidak mendapat bekalan darah, satu ketulan boleh terbentuk di dalamnya dan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat serta menyebabkan buasir darah beku. Oleh kerana ianya mempunyai banyak petanda yang tidak disenangi, buasir luaran biasanya mendapat perhatian utama semasa rawatan. Sekiranya urat pada dubur regang dan terdapat Buasir, ianya menjadi susah untuk dipulihkan sepenuhnya.
 Punca Buasir
Punca-punca yang kerap menyebabkan Buasir adalah seperti senarai dibawah:
Selalu makan mekanan pedas
Duduk berterusan
Terduduk di kerusi pesakit buasir
Duduk di kerusi panas yang baru ditinggal orang lain
Ketegangan sewaktu membuang air besar disebabkan oleh sembelit atau najis yang keras
Cirit-Birit berterusan
Duduk di tandas terlalu lama
Batuk teruk yang berterusan
Kehamilan (Buasir Mengandung)
Kelahiran
Mengangkat Benda Berat
Tanda-tanda Buasir
Najis campur darah petanda awal
RAMAI antara kita pernah mengalami masalah pendarahan apabila buang air besar. Gejala najis bercampur berdarah ini sebenarnya petanda penting yang menunjukkan badan kita ada masalah kesihatan yang perlu mendapat rawatan segera.
Pendarahan ketika buang air besar dikategorikan sebagai masalah biasa yang berlaku dalam masyarakat kita terutama di kalangan golongan muda pada peringkat umur produktif iaitu antara 20 hingga 30 tahun.
Masalah ini lebih kerap berlaku pada individu yang terlalu banyak mengambil karbohidrat yang diproses, daging dan kurang makan sayur-sayuran serta buah-buahan. Karbohidrat yang diproses bermakna sumber karbohidrat dibersihkan daripada kekasaran luaran melalui kaedah penulenan.
Dalam proses ini, hampir semua vitamin, galian serta serat turut terbuang dan yang tinggal hanya kalori. Untuk menjadikan ia berkhasiat, sesetengah produk diperkayakan dengan memasukkan semula zat yang terbuang tadi. Antara contoh karbohidrat proses ialah roti putih, gula atau bahanyang dibuat daripada tepung.
Inilah sebabnya bagi individu yang mengamalkan pemakanan kaya karbohidrat proses lebih kerap mengalami masalah sistem perkumuhan terutama jika mereka juga kurang mendapat bekalan serat, air dan jarang bersenam.
Ada banyak punca yang boleh menyebabkan pendarahan ketika buang air besar. Punca yang paling lazim ialah buasir dan kanser usus selain rekahan pada kulit saluran dubur (masalah biasa dan menyakitkan, disebabkan sembelit atau mengeluarkan najis secara paksa), polip pada rektum dan usus besar serta ulser.
Masalah ini juga dipanggil pendarahan rektum (bahagian akhir usus besar) kerana rektum terletak betul-betul di atas lubang dubur. Kebanyakan pendarahan rektum pada usus besar, hujung usus besar atau dubur. Usus besar ialah sebahagian daripada saluran gastrointestin; iaitu laluan makanan selepas ia dicerna dalam usus kecil.
Usus besar bertanggungjawab menyingkirkan air daripada makanan yang tidak tercerna dan menyimpannya sehinggalah ia dibuang sebagai najis. Rektum pula adalah bahagian terakhir usus besar (15 sentimeter dari dubur). Manakala esofagus, perut, duodenum dan usus kecil dipanggil saluran gastrointestin atas.
Menurut Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abdul Hamid Mat Sain, walaupun ramai yang menganggap ia agak memalukan tetapi gejala berbahaya tidak boleh dipandang ringan dan perlu diberikan perhatian segera bagi mengesan punca sebenar menyebabkan pendarahan.
Sikap tunggu dan lihat sebenarnya boleh menyebabkan masalah ini bertambah berat kerana ramai yang menganggap ia bukanlah perkara membimbangkan apabila pendarahan berhenti selepas beberapa ketika tanpa mendapatkan sebarang rawatan.
Warna darah juga sebenarnya berbeza dan secara umum warna ia boleh memberikan gambaran kasar kepada punca, penyakit dan lokasi pendarahan. Jika warna darah yang keluar bersama najis itu merah cerah bermakna penyakit berada dekat dengan kawasan dubur (di bahagian usus yang hampir dengan kulit). Ia mungkin disebabkan masalah pada saluran menyebabkan salur darah bengkak dan pecah seperti yang berlaku pada pesakit buasir.
Jika warna darah merah gelap bermakna pendarahan berlaku pada bahagian usus yang lebih dalam. Penyakit pada umumnya lebih berbahaya seperti kanser usus. Ini adalah punca pendarahan rektum yang paling lazim.
Warna najis yang hitam dan melekit seperti tar (dipanggil melena) pula menandakan ada pendarahan pada bahagian lebih atas (pangkal) usus, esofagus, perut atau duodenum (usus kecil). Melena atau najis tar ini terhasil apabila pendarahan berlaku terlalu lama dalam usus besar yang memberikan peluang bakteria bertindak dan menghuraikannya kepada bahan dipanggil hematin yang berwarna hitam dan berbau sangat busuk. Inilah sebabnya apabila berlaku pendarahan rektum kali pertama, pesakit perlu menjalani pemeriksaan segera.
Selain warna, kuantiti darah juga boleh menjadi petanda tahap penyakit atau masalah yang dialami seseorang. Biasanya pendarahan rektum sederhana dikategorikan apabila banyak darah keluar setiap kali buang air besar. Jika kuantiti ini lebih banyak, bermakna pendarahan sudah mencapai tahap serius.
Pendarahan rektum juga boleh menyebabkan pesakit berasa lesu, pening atau pitam khususnya bagi mereka yang mengalami pendarahan serius. Kadang kala pesakit juga boleh mengalami simptom tekanan darah rendah terutama apabila berdiri selepas lama duduk di tandas.
Masalahnya ramai antara kita tidak mendapat pemeriksaan awal secukupnya. Bahkan pesakit juga enggan diperiksa kerana malu sebaliknya hanya meminta ubat daripada doktor. Tindakan ini sebenarnya perlu diubah kerana tanpa pemeriksaan, masalah sebenar yang dihadapi tidak dapat diketahui.
Mengikut pakar buasir, pemeriksaan saringan pertama paling minimum ialah ujian rektum digitar yang memerlukan doktor melihat dan memasukkan jari ke dalam dubur pesakit. Ujian ini tidak sakit dan hanya mengambil masa satu atau dua minit saja. Biasanya melalui pemeriksaan ini, doktor boleh memeriksa keadaan dinding usus, bengkak, buasir, kanser atau ketumbuhan yang tumbuh di hujung usus besar.
Jika pendarahan bukan disebabkan buasir, ini bermakna pendarahan berlaku di bahagian usus yang lebih dalam dan diagnosis seterusnya perlu dijalankan kerana 50 peratus kanser usus lazimnya berlaku pada 15 sentimeter ke dalam usus (dari dubur).
Pada peringkat awal, pesakit umumnya tidak dapat membezakan sama ada pendarahan itu disebabkan buasir atau kanser usus kerana ramai yang mengalami kedua-dua masalah serentak. Jika didapati ada ketumbuhan dalam rektum, doktor akan menjalankan biopsi dengan mengambil secebis tisu daripada ketumbuhan berkenaan untuk diperiksa.
Pesakit perlu membuang rasa malu kerana ia menghalang proses rawatan. Paling penting, jika pendarahan itu disebabkan kanser, ia boleh dirawat awal. Jika tiada buasir atau kanser, ini bermakna pendarahan berlaku pada bahagian atas gastrointestin. Ia boleh dipastikan melalui ujian kolonoskopi untuk mengesahkannya.
Gejala najis berdarah juga berlaku pada kanak-kanak tetapi ia biasanya disebabkan masalah sembelit dan bukannya kanser. Bagaimanapun bagi orang dewasa, jangan buat tidak endah pada gejala ini kerana ia petanda penting wujudnya masalah kesihatan.
Sumber : - https://sites.google.com/site/wwwrawatanbuasircom/home
Diantara Vitamin Shaklee yang berkesan dan boleh mencegah serta menghalang penyakit buasir daripada berterusan adalah Osteometrik ,Omega Guard serta Zinc Complex
* OsteoMatrik
* Di perbuat daripada mineral semulajadi  dan garam mineral dari Laut mati .
*  Kandungannya terdiri daripada Kalsium,Magnesium,Fosforus dan vitamin D,Zinc ,Kuprum,manganes dan boron
* Penggunaan OsteoMatrik yang kerap boleh membantu menguatkan tulang serta manghalang daripada terjadinya osteoporosis,menguatkan kuku,kerangka,gigi serta sistem saraf
* Merawat masalah kuku rapuh,tulang retak ,eczema,kekejangan ,gusi berdarah serta memekatkan darah
mati
* Dapat meringankan stress serta memelihari denyutan jantung.Ia juga dapat memperbaiki depresi,mood swing,sakit kepala dan pitam
* Dapat  memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas
Zinc Complex
* Ia  dapat mengaktifkan 200 jenis enzim
* Berkebolehan dalam menggabung DNA,RNA dan protein serta merangsang generasi sel
* Memelihara metabolisma gigi serta pertumbuhan remaja
* Mempercepat proses pemulihan luka dalaman dan luaran .Contohnya luka akibat pembedahan ,memperbaiki alergi kulit  dan bintik-bintik di kulit
* Mengatasi masalah prostat  serta melindungi kesihatan prostat
* Mempertingkatkan sistem imun  dalam mebantu pengeluaran kelenjar thymus
( Mempertingkatkan sistem imun ) serta pengeluaran T-cells untuk menentang kanser serta menghalang infeksi penyakit
* Membentuk kolagen  untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit ,kuku dan organ *Merawat masalah diabetes  dengan membantu pengeluaran insulin
* Penggunaan zinc pada jangka masa panjang boleh memperbaiki kemampuan seks lelaki dengan meningkatkan pengeluaran sperma
* Memperbaiki radang kulit
Omega Guard
* Merupakan minyak ikan terbaik di dunia
* Kaya dengan Omega -3 EFA , EPA ,DHA
* Di ekstrak dr ikan laut dalam seperti sardin,mackerel ,herring,anchovies di perairan Jepun
* Mencegah pelbagai jenis penyakit saluran darah,mengatasi tekanan darah tinggi yg lebih rendah serta kepekatan darah,melincinkan saluran darah serta efektif mengekalkan tekanan darah normal
* Mengatasi ketegangan di leher dan sakit kepala
* Membantu perkembangan serta tumbesaran otak janin serta meningkatkan daya memori
* Membantu menyihatkan sistem imunisasi serta menyihatkan paru-paru.
* Memperbaiki alahan kulit,psoriasis,demam hay ,bronkitis ,penyakit lelah ,hepatitis ,SLE
  ( lupus erythematosus ) serta penyakit buah pinggang
* Berkesan dalam mengatasi cancer ( Mencegah kanser prostat ,payudara,kolon serta kanser paru-paru )
Membantu mengurangkan tekanan serta mengatasi masalah imsomnia .
Berminat untuk mencuba dan ingin membeli boleh terus berhubung dengan saya
Ustaz Shazan
whatsapp/sms/call
017 580 3953
pm fb
shaklee id:1067248

No comments:

Post a Comment