Wednesday, 20 November 2013

PADI BERAS NASI

Subhanallah..Allah yg jadikan kita.Allah sediakan keperluan kita.
Aku perhatikan nasi goreng depan aku terasa betapa Allah Maha Penyayang.Asalnya padi boleh jadi bendangnya di Kedah.Ditanam para petani yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Diproses namanya pun disebut sebagai beras.Dibungkus dan dijual.Sampai di rumah dimasak dan namanya bertukar lagi..nasi.
Subhanallah berapa ramai yang terlibat untuk terhasilnya sebutir nasi.Allah mendidik kita setiap pekerjaan melalui pelbagai proses.Allah nak ajar kita bahawa kita saling perlu memerlukan.Jangan pandang rendah pada orang lain sebab kita semua ada peranan masing2.
Kalaulah manusia faham tentu manusia akan taat perintah Allah.Berapa ramai yang menderhakai Allah sedangkan nasi yang dikunyah milik Allah.Segalanya milik Allah
Aku dan kalian makan nikmat pemberian Allah.Adakah sudah bersyukur?

No comments:

Post a Comment