Sunday, 13 March 2016

Langkawi 1

Jam 1 pagi dah mula gerak.Kali ini musafir ke Langkawi.Awal sebab konvoi dengan shahrol sefamili.Dua kereta...kembara dengan famili kena banyak sabar sebab nak layan pelbagai kerenah.Tapi ok lah..ada kala perlu kembara sendirian ada kala perlu dengan famili. Dua2 ada kelebihan dan kekurangan..semua itu ilmu yang perlu dicungkil...
Seharian semalam ada kuliah badan agak letih rasa nak berhenti kat R&R Gunung Semanggol tak jadi plan berhenti kat R&R Gurun.Lelapkan mata 10 minit kemudian makan teringin pula tengok udang besar makan lapik perut...sekor udang besar rm18.Tak boleh selalu mcm ni...kelebihan musafir doa diangkat dan makan minum tak dihisab...maknanya kembara sangat digalakkan.
Drive semula sekitar jam 4 pagi mengantuk lagi berhenti sebentar di tepi jalan sebelum susur masuk ke Kuala Perlis.Alhamdulillah.
Berhenti subuh kat Masjid Ali Imran.Ingatkan sini subuh takda qunut tapi ok je...mungkin kampung ni imamnya asyairah.Kalau takda qunut pun takda masalah ini hanya masalah khilaf tak perlu dibesar2kan.
Seperti yang dijangka sebaik masuk je ke kawasan jeti ada yang mengekori untuk 'bab parking'.Sehari rm15. Tanya dia 'ulat' ke...hehe..dia tunjuk pas kebenaran.Ok lah tu..bukan apa tanya tu hak kita sebagai pengguna.Rm90 2 kereta untuk 3 hari..rm10 hadiah kat penjaga tu..rm100 la..bukan apa ini pun kaedah dakwah. .menawan hati.Mdh2an..
Tiket feri pun dah beli online...jadi mudah kiranya ni nak nunggu je ni...8.15 pagi
Sambil tunggu sempat menulis mana2 yg dapat...
Tunggu kisah seterusnya...Insha Allah

No comments:

Post a Comment