Saturday, 19 March 2016

Langkawi 4

Selasa hari kedua bermula awal pagi menuju ke Gunung Mat Chincang.Nama glamour Machincang.Mungkin nampak lebih komersial.Aktiviti utama di sini Cable Car.Kami ambil pakej rm40 untuk 4 aktiviti SkyRex,SkyDome,SkyCab dan Crocodile Farm.Memang berbaloi lebih2 lagi untuk anak2.Memilih pakej ni pun kena bijak kalau tak mungkin bayar mahal tapi pakejnya simple je..
Beratur untuk SkyCab yang ambil masa lama.Anak2 lah yg kesian sebab penat beratur.. ada besi tempat duduk tapi tinggi tentulah tak sesuai utk anak2.Fuhh..ada pakej fast lane masalahnya pada rm..hehe Fast lane ni kalau diperhatikan pelancong luar yang guna itu pun mungkin jenis berduit.Kalau backpackers biasanya berjimat cermat sebab nak kembara lama...
Apapun pujian untuk staff yang tetap tenang dan mesra walaupun orang begitu ramai dan sesak.
Di puncak gunung sempat berbual dengan pasangan dari Australia Mudah2an Allah bagi hidayah.Umur suaminya pun 3 bulan lagi 85.Isterinya 71 tapi masih bersemangat mengembara.Dia orang naik cruise dah singgah Penang lepas Langkawi ke Singapura.Menarik..Insha Allah ada peluang boleh kembara dengan cruise pula..
Kat Crocodile Farm pun menarik bukan sekadar ada buaya tapi ada pertunjukan feeding time (ada waktu tertentu)paling menarik pertunjukan manusia berinteraksi dengan buaya.Subhanallah..binatang tak pernah berhenti bertasbih sepatutnya manusia lebih patut mengingati Allah.
Jadual padat hari ni petangnya pula sampai malam 'layan' anak2 dan isteri membeli apa2 yang patut. ..
Nak tulis macam2 pengalaman...tak payah lah kut..letih.Tulis ni pun dalam feri sewaktu perjalanan balik.Alhamdulillah...3 hari 2 malam Letak gambar.Biar gambar berbicara..
Kesimpulannya mengembaralah tak dapat selalu sekali sekala.Kembara dapat menajam akal,membersihkan hati dapat membina mahmudah dengan syarat betulkan niat.Dapat mengenal Allah dan membaca manusia..ada yang biasa dilihat di tempat kita tapi perkara yang sama di tempat lain ada ilmu yang Allah nak berikan...
Antara perkara penting nak kembara kena plan awal untuk merancang perjalanan lebih2 lagi bab kewangan...Insha Allah hujung tahun plan nak kembara ke luar negara.Doakan...

No comments:

Post a Comment