Monday, 14 March 2016

Langkawi 3

Bermusafir memang banyak kelebihannya.Syarat ada tujuan yakni apapun aktiviti atas maksud untuk mengenal Allah.
Bermusafir selalu dapat mendidik jiwa.Membangunkan akal menjernihkan hati.
Solat pun boleh dipendekkan malah boleh dihimpunkan.Maha Pemurahnya Allah.Galakan dan kemudahan untuk yang bermusafir.Asalkan tujuan bermusafir untuk mencari keredhaan Allah.
Sewaktu minum di bahu jalan berdekatan Pantai Cenang bertemu dengan beberapa pelancong China yang minum di situ dan 'excited' dapat minum air kelapa.(gambar tak diambil sbb masalah pakaian mereka)Ternyata tak pernah jumpa lagaknya berposing2 dgn buah kelapa.
Pengajarannya ada yang biasa pada kita tapi mungkin tidak pada orang lain.Sentiasa sangka baik lebih2 lagi bersangka baik pada Allah.
Setiap pandangan atau peristiwa berlaku ada pendidikan disitu.Adakalanya hanya dapat dikesan sewaktu musafir.Kemudian ingat nak naik heli tapi rmnya mmg tak mampu..Pak Arab je yang mampu.Pakej 4 angka.Pak Arab kalau ikut perbualan pemandu pelancong memang suka aktiviti2 mencabar dan pelik2 dan masalah duit tiada masalah.Besar pada kita dia orang kecil je..mampunya kami ke gokart itupun harga boleh tahan tapi masih boleh lah...

Malam mendapat jemputan Asmah dan suami Aswad(yg menguruskan homestay dan kereta) ke rumah makan2 laksa lontong pun ada.Biaaalah laksa yang jadi pilihan (sedap).Alhamdulillah ukhwah terjalin..mudah2an menjadi asbab mendapat hadiah.

Malam ingat nak keluar tapi keletihan telah melupakan segala hasrat.

Berjemaah subuh di masjid berhampiran dan dapat berkenal2an dengan jemaah cuma tak sempat berbual mungkin pagi2 ni semua nak cepat..Dakwah saaarannya manusia jadi lepas subuh beli kuih dan nasi lemak..murah sungguh 4 ketul kuih baru rm1.Nasi lemak apa2 lauk pun rm1.Semoga Allah balas kebaikan pada makcik ni..mungkin berniaga dan bersedekah.Sempat berbual2 ringkas dengan dua orang pakcik yang membeli..ambil kesempatan menawan hati dengan membayar kesemuanya.Alhamdulillah. .semoga diberkati dan mendapat hidayah...aamiin






No comments:

Post a Comment