Thursday, 7 April 2011

CINTA (2)

ALLAH cintakan kita.ALLAH cipta dan menyediakan segala keperluan kita.Keperluan yang tak perlu susah payah kita memintanya.Lahir saja ALLAH telah sediakan segala keperluan kita..oksigen diberi tanpa perlu susah payah mengusahakannyaALLAH berikan mata yang dengannya dapat kita melihat ibu ayah, yang jauh dan dekat,mengenal pelbagai warna,melihat alam terbentang luas,langit tanpa tiang,laut luas,alam menghijau tenang memandangnya,telinga anugerah ALLAH dapat mendengar,perlahan atau kuat dapat kita mengenal manusia dan makhluk ciptaan ALLAH,tangan pula dapat mengambil,menyentuh..memudahkan pelbagai urusan,ALLAH anugerahkan kaki melangkah ke sana sini..baiknya ALLAH,Maha Hebatnya ALLAH yang memberi segala!Orang yang buta,pekak, bisu ,cacat anggota..tanda kasih sayang ALLAH kekurangan itu ALLAH berikan pahala apatah lagi kalau sabar dan bersangka baik!Bersangka baiklah dengan ALLAH...kita hamba ALLAH..ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita!Kita hambaNya yang hina,lemah tak memiliki apa apa..ALLAH yang memiliki segala galanya..Sudahkah kita berusaha untuk memburu cinta ALLAH?ALLAH mencintai hamba hambaNya,ALLAH tak pernah lupakan kita walau pun seketika....kita?

Saturday, 2 April 2011

MUJAHADAHTUNNAFSI (2)

Setiap yang berlaku semuanya dalam ketentuan Tuhan.Tidak berlaku sesuatu itu melainkan pasti ada hikmahnya.Seumpamanya kalau kita kehilangan sesuatu atau seseorang yang kita sayangi..Bagaimana perasaan kita?Marah,dendam,menyalahkan orang lain,tak boleh dan tak dapat menerima kenyataan,keluh kesah..dan pelbagai sifat mazmumah lagi!Sebenarnya..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..boleh jadi Allah nak didik hati kita yang penuh dengan mazmumah seumpamanya sifat sombong atau boleh jadi kalau tak berlaku sesuatu itu kita akan semakin jauh dari Tuhan!Allah nak nilai hati kita sama ada tenang atau menderita bila mana diuji..Setiap ujian itu tanda kasih sayang Tuhan..nampaknya seperti disusah susahkan tetapi Allah nak kita sabar agar bersenang senang di Syurga Allah!"Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan puas.."Terimalah sedikit kesusahan dunia agar terlepas dari azab api neraka!

Thursday, 31 March 2011

ROH DAN JASAD

Ramai orang memandang tetapi tidak melihat.Alam ciptaan Allah langit membiru,lautan tak bertepi,gunung ganang,bulan,bintang menghiasi langit,alam menghijau..tapi tak nampak Pencipta yang menjadikan semua itu.Ramai orang mengaku Islam tapi hati penuh kegersangan..hidup tiada arah,budaya liar menjadi ikutan,sosial liar dan lucah,media massa penuh berita fitnah dan mungkar,pemuda pemudi bergaul lepas bebas  dan seumpama tiada pantang larang ,sistem pendidikan sekular,riba begitu berleluasa menjadi lumrah dalam ekonomi..orang Islam namanya hanya ada di kad pengenalan tapi langsung Islam tiada dalam hati.Kalau hati dah mati begitu rasa malu dengan manusia bila mana manusia tahu akan rahsianya,tapi langsung tak rasa malu dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat segala galanya lahir dan batin!Hati yang mati begitu teringin akan kelazatan dunia tapi langsung tak rindu dengan syurga Allah yang penuh kenikmatan!Hati gersang boleh rasa takut pada perkara yang menakutkan tapi langsung tak rasa gerun pada neraka Allah yang sangat dahsyat!Marilah kita bersihkan hati..gilapkan hati..kerana hati itu ialah roh!Firman Allah dalam surah Asy Syuara:88-89"Hari qiamat ialah hari di mana harta dan anak tidak berguna lagi kecuali mereka yang datang mengadap Allah membawa hati yang selamat sejahtera."

Wednesday, 30 March 2011

KEMATIAN ITU PASTI

Kematian sesuatu yang pasti.Siapa pun kita,orang besar,orang kecil,berkuasa,marhaen,harta menggunung,miskin tak punya apa apa..pasti merasai mati.Suatu waktu dulu kita dari alam roh dan berjanji dgn Allah..Allah lah Tuhan..tiada selain dariNya.Allah hidupkan kita di dunia..dunia tempat beramal..darul amal..sebagai bekalan nak di bawa balik ke Akhirat..jalan ke Akhirat itu ialah mati..tak ada siapa yang boleh menongkat langit..berapa lama kehidupan kita di dunia ini?40,50,60,70..100 tahun..tak lama mana nak dibandingkan dgn waktu Akhirat 83 tahun bersamaan sejam..seketika cuma!Namun tiada kesungguhan kita menyediakan amalan ke sana..sedangkan di sanalah tempat tinggal kita!Izrail menjenguk kita setiap hari 70 kali agar kenal sungguh akan kita nanti bila tiba masa nanti tak cepat dan tak lambat nyawa pun berpisah dari badan!Terkejut ahli keluarga,sanak saudara,jiran tetangga,sahabat handai..diuruskan sesegera mungkin..suasana hiba menyelubungi ,rasa pilu dan rasa suatu kehilangan..lebih2 lagi sewaktu kita ditinggalkan dalam liang sendirian..semuanya kembali.Kita berseorangan!Berapa lama orang yang disayangi terus mengingati kita?Lambat laun semua orang melupakan kita,boleh jadi sekali sekala mungkin diingati itu pun perasaan  tak sama lagi sewaktu mula2 kematian kita..Kita yang dah mati siapa peduli lagi..berkelana kita sendirian di alam barzah yang tidak dunia dan tidak akhirat..teman2 kita ialah amal amal soleh kita..solat,zikir,quran,tahlil,dakwah,ziarah...sifat2 mahmudah..Kematian jalan pertemuan dengan Allah yang dirindui,dicintai..layakkah aku?layakkah kita?Layakkah kita mendapat redha dan cinta Allah..Dari Allah kita datang,kepada Allah kita kembali.

Monday, 28 March 2011

MUJAHADAHTUNNAFSI

Ada orang fitnah,malukan,hinakan kita..Apakah timbul dendam atau merasakan apa yang berlaku sebagai ujian dari Allah?Suatu ketika kita pernah membantu seseorang yg sangat memerlukan,suatu waktu yang lain orang yang kita pernah tolong itu tak pedulikan kita,,Bagaimana perasaan kita masa itu?Marah?Geram?Tentu saja membuktikan kita tidak ikhlas kerana mengungkit2 apa yang telah diberi?Dunia rugi,Akhirat merana!Kita bercakap tentang kemiskinan,namun kita hanya bercakap tiada dalam tindakan..rasa malu bergaul dengan orang miskin?Rasa terhina?Dengan musuh kita masih bolehkah kita bertegur sapa atau melemparkan senyuman?Apa yang kita usahakan sesungguh hati tetapi hasilnya terlepas ke tangan orang lain,boleh tak berlapang dada dan merasakan "usaha tidak memberi bekas"?Cadangan kita di tolak bolehkah kita bersangka baik yang dengannya tidak sampai bermujadalah.Sanggup dan bolehkah?Sewaktu di tengah ramai kita ingat Allah..sewaktu sendirian boleh tak ibadah lebih hebat?Terasa sentiasa diawasi Allah!Harta melimpah yang Allah kurniakan kpd kita,boleh tak diagih agihkan kpd yang memerlukan?Merasakan segala nikmat itu dari Allah dengan hidup sederhana?Dunia di tangan yang boleh diambil dan dilepaskan bila2 masa diperlukan..Orang yang lebih rendah taraf dari kita seumpama kanak2 atau pekerja bawahan menasihati kita,apa perasaaan kita?Adakah kita rasa tercabar atau ucapkan terima kasih?Semua persoalan yang diutarakan sebahagian dari ujian dalam kehidupan untuk menguji kita sama ada bertuhankan nafsu atau Allah!Firman Allah"Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kajahatan".

Wednesday, 23 March 2011

KERAJAAN DIRI

Baik hati baiklah seluruh badan,rosak hati rosak dan binasalah seluruh badan.Hati itu umpama raja dalam sebuah negara,raja yang baik akan memimpin dengan baik,rakyat akan turut jadi baik..kalau tidak semua pun insyaallah majoriti rakyat akan baik dan sentiasa berusaha untuk jadi baik.Begitulah sebaliknya..nauzubillah..Hati sentiasa jadi rebutan antara malaikat dan syaitan untuk dijadikan pusat pemerintahan!Hati ialah raja,akal ialah penasihat dan anggota badan ialah rakyat dalam kerajaan diri.Kerajaan diri yang ditegakkan Islam dalam pemerintahannya tentu saja akan membentuk akhlak mulia dengan Allah dan akhlak mulia sesama manusia..orang beriman sentiasa memelihara diri dan ahli keluarga daripada azab api neraka.Diri yang hatinya bersih akan menjernihkan kehidupan dunia dan akhirat.Di dunia hidup akan tenang dan lapang meskipun dalam kesempitan hidup,tenang walaupun tertekan,sabar walaupun ujian bertali arus,bersyukur dengan nikmat,merasakan segala nikmat pemberian Allah dan sentiasa berusaha mengagih agihkan nikmat kepada yang memerlukan..di akhirat nanti dengan rahmat Allah akan dapat syurga Allah kemuncaknya dapat bertemu dan melihat Allah!Bersungguh sungguhlah membersihkan hati kerana itulah orang yang beruntung..menggunung rugi orang yang membiarkan hati kotor,busuk dan tersumbat!

Tuesday, 22 March 2011

CINTA (1)

Tak kenal maka tak cinta,sudah cinta terkenang kenang,terkenang tentu saja banyak menyebut nyebut,tak lekang di bibir,sentiasa dalam hati,ombak ganas pun sanggup diharungi,lautan api pun dirempuh..nyawa melayang pun tak mengapa asalkan untuk yang di cinta!Hebatnya kuasa cinta sanggup berhabis habisan hatta menderhaka pada ibu ayah pun tak mengapa asalkan dapat cinta..kalau dihalang imam di Golok sedia menanti!Semuanya indah belaka semua keburukan dipandang baik saja atau buat buat tak tahu,harta habis pun tak terasa,maruah diri tergadai seumpama pengorbanan dan kesetiaan cinta!Cinta juga memaksa menggantung diri atau bisa saja menyerah diri digilis keretapi atau tergantung di pokok boleh jadi juga terjun dari bangunan setinggi mungkin..kalau ada yang simpati bomba dipanggil menunggu bawah bangunan bersama alat penyelamat!Sayangnya itu kepalsuan cinta!Kita ini Allah yang jadikan ,keperluan hidup pun Allah sediakan,hidup mati,bodoh pandai,kaya miskin,mulia hina..tiada campur tangan kita! Semuanya dalam ketentuan Allah..baiknya Allah orang berdosa....  .yang .tak solat,tak tutup aurat,minum arak,jual arak,beri lesen arak,perjudian dan yang sewaktu dengannya dan bermacam macam kemungkaran yg dilakukan !Allah tak buang malah Allah terus bagi nikmat..makan minum,oksigen,akal fikiran,harta,masa dan segala galanya...tak malukah kita pada Allah?Sepatutnya Allah lah cinta agung kita ..yang perlu kita sungguh sungguh dapatkan..korbankan masa,tenaga ,harta malah nyawa untuk dapatkan cinta Allah.Inilah cinta ...inilah cinta..Cintailah Allah..cintailah Rasulullah....sayangi manusia.

Monday, 21 March 2011

NAFSU DAN IMAN

Tanda tanda nafsu subur,membiak aktif dan berperanan..banyak dan suka tidur,suka berpeleseran tanpa tujuan tak pasti apa yang dicari,sukakan hiburan lagho yang dalamnya ada keasyikan dan ketenangan menipu daya,cakap pun menengking nengking selalu walaupun dalam situasi tenang..Tanda tanda iman layu terkulai,sembahyang mula dicuai cuaikan dipandang ringan,ibadah semakin berkurangan dan tiada kualiti,kalau ada pun buat kerana terpaksa atau nak menunjuk nunjuk,Quran sudah lama tak dibaca..jadi perhiasan,kalau dibaca pun tiada lazatnya lagi terasa seperti membuang masa..zikir?mungkin tak berminat lagi..zikir qauli,zikir qalbi,zikir feeli..ah!apa itu?langsung tak ambil pusing..Awas!Nafsu hanya membawa kepada kejahatan dan kemusnahan dan membuka luas jalan ke neraka..Iman membawa kepada kebaikan dan keselamatan dunia akhirat jalan syurga pun terbuka seluas luasnya..merindui kedatangan orang orang yang merindui Allah...ya Allah..rahmatilah kami!

SOLAT(3)


Azan Dzuhur berkumandang.....syaitan bertempiaran masuk ke tandas-tandas, ada yang  terbakar dan cacat anggota!!!Azan Dzuhur, seumpama kebiasaan, tiada siapa peduli, terus sibuk order makan tengahari, rambang mata membeli-belah, terus bersembang-sembang kosong ,ada yang diulit mimpi setelah kekenyangan, terpaku di depan peti ajaib menonton cerita bersiri yang tidak pernah ada kesudahan....Azan Dzuhur.....Dzuhur pun didirikan, seorang imam dan seorang makmum yang tadinya dialah Pak Bilal!!! Asar, Maghrib, Isyak, Subuh...  Siapakah yang dipilih ALLAH??? Asar pun lengang, ramai yang berjemaah di padang bola....menendang bola...Ramai yang berpeleseran di taman-taman bunga melihat bunga-bungaan...Maghrib.. menjengah, ramai telinga tersumbat... tiada mendengar melainkan terus berniaga,... dan ada yang terus membeli barang keperluan..bawang,cabai dan ntah apa apa lagi..Isyak pula..cepat cepat tutup tingkap dan pintu ..jemaah surau bergegas pulang..  ada tayangan menarik di rumah sedang menanti..takut nanti tak tahu kesudahannya pula..!?

Sunday, 20 March 2011

SOLAT(2)

Mari kita lihat tentang solat fardhu....kalau satu waktu solat 10 minit lima kali sehari semalam sekitar limapuluh minit....Maha pemurahnya Allah, menciptakan kita dan menyediakan segala keperluan kita ...Tak sampai sejam sahaja kita berinteraksi dengan Allah ......Firman Allah "tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Allah" .....Habis bagaimana dengan 23jam 10 minit lagi???Sembahyang itu ibu ibadah, sembahyang yang khusyuk ,akan membentuk kehidupan menjadi ibadah.....Dari sekecil-sekecil perkara seumpama adab masuk tandas sehinggalah sebesar besar perkara seumpama memerintah negara semuanya akan jadi ibadah bilamana memenuhi lima syarat: niat kerana Allah,ikut syariat,pekerjaan halal,beri kesan yg baik dan tidak meninggalkan perkara asas seumpama solat..  kalaulah solat dijiwai, hidup akan bererti ,tiada kesangsian lagi ,jelas halatuju ,menuju akhirat mardhatillah menjadi matlamat....Bagaimana solat kita???    

Thursday, 17 March 2011

SOLAT(1)

Melalui sembahyang boleh mengenal sikap hidup kita,tindakan,cara berfikir malah akhlak kita mahmudah atau mazmumah.. kalau susah  nak solat,maknanya tidak pedulikan Tuhan lagi,seolah olah dia yang berkuasa sedangkan dalam kehidupannya langsung tiada campurtangan dia, maknanya orang itu jauh dari rahmat Tuhan, tidak boleh  dipercayai,menipu jadi budaya sehingga rasa tak berdosa lagi,mengumpat jadi basahan bibir jadi suatu ketagihan, tiada kasih sayang,perungus,tidak boleh silap sikit sentiasa tak mahu mengaku salah dan tak mahu kalah, amanah tidak jadi pakaian, kerja sering tak menjadi, masyarakat memandang serong terhadapnya,  kerana displin sudah tidak terbentuk........ Sembahyang kalau awal waktu,berjemaah..membentuk sifat mulia.. menarik rahmat Tuhan, boleh dipercayai, boleh membentuk amanah, displin terbina....terima kasih ya Allah yang menganugerahkan sembahyang, tanpa sembahyang tentu saja manusia ini berwatak kebinatangan!!!Inilah yang banyak terjadi kini!!! 
Add caption