Ramai orang memandang tetapi tidak melihat.Alam ciptaan Allah langit membiru,lautan tak bertepi,gunung ganang,bulan,bintang menghiasi langit,alam menghijau..tapi tak nampak Pencipta yang menjadikan semua itu.Ramai orang mengaku Islam tapi hati penuh kegersangan..hidup tiada arah,budaya liar menjadi ikutan,sosial liar dan lucah,media massa penuh berita fitnah dan mungkar,pemuda pemudi bergaul lepas bebas dan seumpama tiada pantang larang ,sistem pendidikan sekular,riba begitu berleluasa menjadi lumrah dalam ekonomi..orang Islam namanya hanya ada di kad pengenalan tapi langsung Islam tiada dalam hati.Kalau hati dah mati begitu rasa malu dengan manusia bila mana manusia tahu akan rahsianya,tapi langsung tak rasa malu dengan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat segala galanya lahir dan batin!Hati yang mati begitu teringin akan kelazatan dunia tapi langsung tak rindu dengan syurga Allah yang penuh kenikmatan!Hati gersang boleh rasa takut pada perkara yang menakutkan tapi langsung tak rasa gerun pada neraka Allah yang sangat dahsyat!Marilah kita bersihkan hati..gilapkan hati..kerana hati itu ialah roh!Firman Allah dalam surah Asy Syuara:88-89"Hari qiamat ialah hari di mana harta dan anak tidak berguna lagi kecuali mereka yang datang mengadap Allah membawa hati yang selamat sejahtera."
No comments:
Post a Comment