Wednesday, 23 March 2011

KERAJAAN DIRI

Baik hati baiklah seluruh badan,rosak hati rosak dan binasalah seluruh badan.Hati itu umpama raja dalam sebuah negara,raja yang baik akan memimpin dengan baik,rakyat akan turut jadi baik..kalau tidak semua pun insyaallah majoriti rakyat akan baik dan sentiasa berusaha untuk jadi baik.Begitulah sebaliknya..nauzubillah..Hati sentiasa jadi rebutan antara malaikat dan syaitan untuk dijadikan pusat pemerintahan!Hati ialah raja,akal ialah penasihat dan anggota badan ialah rakyat dalam kerajaan diri.Kerajaan diri yang ditegakkan Islam dalam pemerintahannya tentu saja akan membentuk akhlak mulia dengan Allah dan akhlak mulia sesama manusia..orang beriman sentiasa memelihara diri dan ahli keluarga daripada azab api neraka.Diri yang hatinya bersih akan menjernihkan kehidupan dunia dan akhirat.Di dunia hidup akan tenang dan lapang meskipun dalam kesempitan hidup,tenang walaupun tertekan,sabar walaupun ujian bertali arus,bersyukur dengan nikmat,merasakan segala nikmat pemberian Allah dan sentiasa berusaha mengagih agihkan nikmat kepada yang memerlukan..di akhirat nanti dengan rahmat Allah akan dapat syurga Allah kemuncaknya dapat bertemu dan melihat Allah!Bersungguh sungguhlah membersihkan hati kerana itulah orang yang beruntung..menggunung rugi orang yang membiarkan hati kotor,busuk dan tersumbat!

1 comment: