Mari kita lihat tentang solat fardhu....kalau satu waktu solat 10 minit lima kali sehari semalam sekitar limapuluh minit....Maha pemurahnya Allah, menciptakan kita dan menyediakan segala keperluan kita ...Tak sampai sejam sahaja kita berinteraksi dengan Allah ......Firman Allah "tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Allah" .....Habis bagaimana dengan 23jam 10 minit lagi???Sembahyang itu ibu ibadah, sembahyang yang khusyuk ,akan membentuk kehidupan menjadi ibadah.....Dari sekecil-sekecil perkara seumpama adab masuk tandas sehinggalah sebesar besar perkara seumpama memerintah negara semuanya akan jadi ibadah bilamana memenuhi lima syarat: niat kerana Allah,ikut syariat,pekerjaan halal,beri kesan yg baik dan tidak meninggalkan perkara asas seumpama solat.. kalaulah solat dijiwai, hidup akan bererti ,tiada kesangsian lagi ,jelas halatuju ,menuju akhirat mardhatillah menjadi matlamat....Bagaimana solat kita???
No comments:
Post a Comment