Monday, 21 March 2011

NAFSU DAN IMAN

Tanda tanda nafsu subur,membiak aktif dan berperanan..banyak dan suka tidur,suka berpeleseran tanpa tujuan tak pasti apa yang dicari,sukakan hiburan lagho yang dalamnya ada keasyikan dan ketenangan menipu daya,cakap pun menengking nengking selalu walaupun dalam situasi tenang..Tanda tanda iman layu terkulai,sembahyang mula dicuai cuaikan dipandang ringan,ibadah semakin berkurangan dan tiada kualiti,kalau ada pun buat kerana terpaksa atau nak menunjuk nunjuk,Quran sudah lama tak dibaca..jadi perhiasan,kalau dibaca pun tiada lazatnya lagi terasa seperti membuang masa..zikir?mungkin tak berminat lagi..zikir qauli,zikir qalbi,zikir feeli..ah!apa itu?langsung tak ambil pusing..Awas!Nafsu hanya membawa kepada kejahatan dan kemusnahan dan membuka luas jalan ke neraka..Iman membawa kepada kebaikan dan keselamatan dunia akhirat jalan syurga pun terbuka seluas luasnya..merindui kedatangan orang orang yang merindui Allah...ya Allah..rahmatilah kami!

No comments:

Post a Comment