Tuesday, 20 August 2013

ADAB BERZIARAH

Islam sangat menganjurkan kita berziarah.Ziarah dapat mengeratkan kasih sayang,menghubungkan jasadiah dan merapatkan hati.Tetamu yang datang membawa rahmat dan perginya menggugurkan dosa dosa tuan rumah.Alangkah untungnya ziarah menziarahi.Sambutlah kedatangan tetamu dengan senyuman,bersalaman dan jemputlah masuk dan menjemputnya duduk di tempat yang selesa.Bertanya khabar dan berbual perkara2 yang menyenangkannya.Sebaiknya segerakan menyediakan hidangan.Hidangkanlah makanan yang paling sedap yang dapat disediakan ikut kemampuan kita.Namun jangan pula sampai berlebih lebihan sehingga berlaku pembaziran.Perlu bijaksana.Jangan pula segera mengangkat hidangan kerana boleh jadi ada tetamu yang ingin mengulangi makan hidangan yang sama.Jangan sesekali membezakan layanan terhadap tetamu,tak kira apa kedudukan atau pangkat seseorang itu semuanya diraikan sebaik baiknya Bahkan tetamu yang belum Islam pun diraikan sebaik mungkin,boleh jadi juga menjadi sebab untuknya memeluk Islam.Apabila tetamu hendak balik,hantarlah mereka keluar ke pintu rumah atau lebih baik lagi sampai ke kenderaan mereka.Iringilah kepulangan mereka dengan doa doa yang baik dan ucapan yang baik.Alangkah indahnya berziarah,dapat menegakkan sunnah,dapat mengeratkan kasih sayang.In shaa Allah.Manakala bagi yang datang berziarah jagalah juga adab adab antaranya berilah salam ditepi pintu,elakkan berdiri di depan takut terpandang aurat rumah.Berilah salam sebanyak tiga kali,kalau tiada jawapan bersangka baiklah.Seeloknya sebelum datang telefon terlebih dahulu supaya kedatangan kita tidak menimbulkan masalah pada tuan rumah.Duduklah di ruang yang telah ditetapkan,kalau perlukan apa apa minta izin tuan rumah terlebih dahulu.Membawa sesuatu sebagai buah tangan adalah suatu keutamaan yang dapat merapatkan lagi hubungan hati.Berbuallah perkara2 yang disenangi.Elakkan berbual perkara yang mendatang rasa tak puas hati.Lahirkan kemesraan agar pertemuan itu dapat meningkatkan kasih sayang.Insya Allah.

No comments:

Post a Comment