"Aku khuatir akan membunuhnya kerana marah,bukan kerana Allah."Sayidina Ali r.a. ketika ditanya mengapa dia melepaskan musuhnya setelah musuh itu meludah mukanya.Beginilah hebatnya akhlak para sahabat yang tiada tandingannya.Mengajar kita betapa pentingnya setiap pekerjaan yang kita buat dilakukan kerana Allah.Mudah untuk mengatakan kerana Allah.Payah dan sulit sekali untuk mengikhlaskannya.Akhlak Sayidina Ali ini mengajar kita walaupun musuh telah meludah mukanya tetapi dilepaskannya kerana sudah timbul rasa marah,beliau tidak mahu membunuh kerana marahnya akibat ludahan itu.Maka dilepaskannya.Beliau menjaga hatinya,kerana tujuannya mencari redha Allah.Apalah gunanya melakukan sesuatu tanpa mendapat keredhaan Allah.Saidina Muaz.diberitahu Nabi bahawa langit ada tujuh lapis dan setiap lapis itu ada malaikat penjaganya.Setiap kali beramal akan dibawa amal itu menempuh setiap pintu langit.Amal akan dicampak semula apabila tiba di pintu pertama amal seseorang itu yang si pengamalnya suka mengumpat,begitulah di langit seterusnya amal seseorang akan ditolak bilamana ada cinta dunia,sombong,riak,hasad dengki,tiada perasaan kasih sayang dan adanya sumaah.Semuanya ditolak.Malah yang paling sulit sekali ialah sifat ikhlas.Ikhlas rahsia Allah.Allah yang jadikan hati kita,Allah yang tahu apa yang ada dalam hati kita.Subhanallah.Mari kita muhasabah;suatu masa dulu kita pernah menolong seseorang.Kita kata menolongnya kerana Allah.Setelah beberapa tahun orang yang kita pernah tolong sudah senang dan sewaktu bertemu dengannya dia 'buat buat tak kenal'kita.Apa perasaan kita sewaktu itu?Boleh jadi kerana marahnya kita,diceritakan pula pada orang lain yang orang itu tak mengenang jasa dan sebagainya!Bermakna apa yang dibuat selama ini tidak ikhlas,tidak kerana Allah.Apa yang dapat?Rugi dunia akhirat.
No comments:
Post a Comment