Thursday, 22 August 2013

IBU DAN AYAH

Alqamah seorang sahabat yang warak,taat dan kuat beribadah malah seorang dermawan.Cuma setelah berkahwin dia lebih mengutamakan isterinya,Di akhir hayatnya sukar nak melafazkan syahadah.Ini menghairankan para sahabat.Rasulullah minta dipanggil ibunya.Namun ibunya tidak mahu memaafkan Alqamah.Kalau begitu Rasulullah minta nyalakan api untuk bakar Alqamah,sekiranya ibunya tidak memaafkannya.Akhirnya setelah dimaafkan ibunya barulah mudah Alqamah melafazkan syahadah.Begitu besarnya peranan ibu bapa,lebih2 lagi ibu.Mencacatkan hati sedikit pun sudah menimbulkan masalah apatah lagi kalau lebih dari itu.Mengherdik,memaki hamun,meninggi suara telah menjadi biasa  di kalangan anak2.Masya Allah inilah antara tanda akhir zaman.Antara sebab seseorang itu ditarik hidayahnya kerana menderhakai ibu bapa.Tanpa redha ibu bapa maka Allah tidak meredhai seseorang itu.Tanpa redha ibu ayah hidup hilang keberkatan.Hidup tanpa berkat senang pun sentiasa susah,banyak duit pun tak pernah cukup,ada masa pun tak pernah mencukupi,orang pun tiada hormat  walaupun di depan nampak mesra dan sebagainya!Hubungkan hati kita dengan ibu bapa melalui doa sesibuk macam manapun jangan diabaikan doa kepada mereka sama ada masih hidup lebih2 lagi yang telah'pergi'...bukan sekadar memberi wang.Redha ibu bapa redha Allah kepada kita.Jangan cari marah mereka tapi carìlah redha mereka...

No comments:

Post a Comment