Wednesday, 21 August 2013

DAKWAH

"Andaikata matahari diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku supaya aku meninggalkan tugas ini,aku tidak akan meninggalkannya sampai agama Allah menang atau aku yang binasa"Inilah jawapan.Rasulullah s.a.w. kepada Abu Talib bila mana orang2 Quraisy menyuruh Nabi berhenti menyeru umat kepada Islam.Dakwah bermakna turun padang dan jadi kaki rayau.Bertemu manusia pelbagai peringkat dan golongan.Pemerintah,usahawan,seniman,penganggur,petani,nelayan,pemuda pemudi..di pelbagai tempat masjid,surau,pasar,pantai,kebun,premis perniagaan dan di mana sahaja.Melalui pertemuan itu dibina kemesraan dan kasih sayang.Ada yang sampai dapat bermuzakarah.Ada yang sekadar bertanya khabar.Paling tidak pun doa dipanjatkan,memohon hidayah dan.taufik.Dakwah bukan sekadar memberi kuliah,ceramah atau tazkirah di pentas2 rasmi.Dakwah rasmi  hanya boleh berlangsung setelah bergeraknya dakwah secara tidak rasmi.Setelah masyarakat dapat kesedaran,setelah tersentuh hati rasa nak berubah nak baiki diri,pada masa itu dakwah rasmi yakni memberi ilmu dan tarbiah sangat penting dan berperanan.Masyarakat yang sudah ada kesedaran dan ilmu tanpa susah payah lagi akan berusaha baiki dirinya.Baiki dirinya,baiki keluarganya,masyarakatnya.Berusaha membangunkan cara hidup Islam.Alangkah indahnya masyarakat yang.cinta dan rindukan Allah dan Rasulullah dan berkasih sayang sesama manusia.Sepertimana yang telah dilagang oleh Rasulullah dan para sahabat.Lihatlah kasih sayang Rasulullah;seorang pengemis yang buta yang sering memusuhi Islam yang membenci Nabi tetapi Nabi sering bertemu dengannya menyuapkan makanan dengan penuh kasih sayang,sedangkan pengemis itu tidak pernah tahu akan kasih sayang Nabi ini.Setelah wafatnya Nabi pengemis itu telah dikunjungi Sayidina Abu Bakar yang meneruskan apa yang Nabi pernah lakukan terhadap pengemis itu.Pengemis itu menyedari yang datang ini tidak seperti yang selalu.Diberitahu Sayidina Abu Bakar yang selalu menyuap makanan itu ialah orang yang dibenci pengemis itu yakni Rasulullah s.a.w. Alangkah terharunya pengemis ini membenci orang yang sangat menyayanginya.Inilah kasih sayang Nabi yang akhirnya pengemis ini telah beriman kepada Allah dan Rasul.Bagaimana dengan kita?Sikap kita terhadap orang membenci kita?Lihat lagi akhlak Rasulullah terhadap musuhnya.Da'thur yang meletakkan pedang di leher Nabi,telah bertanya kepada Nabi "Siapakah yang dapat selamatkan Nabi di waktu itu?"Jawab Nabi "Allah!"Jatuh pedang dari tangannya dan Nabi mengambil pedang itu dan meletakkan pula di leher da'thur ditanya Nabi siapa dapat menolongnya.Jawabnya tiada siapa dapat menolongnya.Namun Nabi telah memaafkannya.Terpikat dengan akhlak Nabi akhirnya Da'thur telah beriman.Inilah dua kisah kejayaan Rasulullah dalam dakwah yang berteraskan kasih sayang.Akhlak mulia dapat menjadi sebab manusia dapat dijinakkan dengan Islam.Sebenarnya terlalu banyak kisah yang berkaitan.Mudah2an dua kisah ini memberi peringatan kepada kita betapa pentingnya kasih sayang dalam menjalankan tugasan dakwah.Liar dapat dijinakkan,yang jahil diberi ilmu,yang zalim dapat ditundukkan,yang benci mulai sayang..Insya Allah.

No comments:

Post a Comment