Sebaik2 tempat di atas muka bumi ini ialah masjid.Masjid rumah Allah.Seutama rumah Allah ialah Masjidil haram,Masjidil Nabi dan Masjidil Aqsa.
Masjid tempat bermunajat,bersolat,berzikir,membaca quran malah tempat bermasyarakat.Masjid tempat pertemuan,muzakarah,berkasih sayang.Masjid kalau.dizaman.sahabat ramai tetapi tidak bising masing2 melakukan.ibadah.Masjid akhir zaman besar,cantik,berhawa dingin tetapi kurang pengunjungnya malah tiada ketenangan bising seperti pasar malah bergaduh dan bersenget senget hati.Masjid sudah hilang ketenangan dan fungsinya.Boleh jadi ada kaitannya dengan cara membinanya.Sewaktu dulu dibina bergotong royong,sumbernya hasil sumbangan orang ramai dan niat nak cari redha Allah.Semua orang sayangkan masjid,benar benar sebagai rumah Allah.Adab masjid dijaga.Hubungan dgn Allah dijaga.Kasih sayang terserlah.Hari ini besar dan cantik,tapi hanya menjadi tarikan pelancong.Zaman Rasulullah ada seorang yang datang nak membunuh Nabi telah ditangkap Sayidina Umar dan diikat di tiang Masjid Nabi.Datang Rasulullah suruh dibebaskan,dan dijadikan tetamu.diberi makan dan dilayan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.Kemudian ditanya oleh Rasulullah hendak tak dia beriman,dia tidak mahu.Rasulullah telah melepaskan dia.Setelah beberapa langkah keluar dari Masjid dia datang kembali dan menyatakan hasratnya utk beriman.Apabila ditanya kenapa tidak pada awalnya,jawabnya dia tak mahu orang lain mengatakan dia beriman sebab takutkan Nabi tetapi dia beriman kerana Allah.Inilah antara fungsi masjid,orang yang memusuhi malah nak membunuh Nabi pun dapat diIslamkan lantaran.akhlak Nabi dan adanya suasana amal.dan kasih sayang di kalangan.para sahabat di masjid.Subhanallah.Masjid diimarahkan 24 jam.Sentiasa ada sahabat yang keluar masuk sama ada untuk amal sendiri,majlis ilmu,majlis zikir atau ada yang berkhidmat.Masjid benar2 berfungsi dan.hidup.Hari ini masjid dibuka dan dikunjungi sewaktu solat semata,itu pun kalau ada.Sesetengah tempat itu dialah siak,dialah bilal,dialah imam.Cukup masa ditutup dan dikunci.Marilah kita kembalikan peranan masjid.Solat jemaah didirikan setiap waktu bagaikan solat jumaat,majlis ilmu hidup dan dipenuhi malah dinanti nanti,muzakarah dihidupkan,mesyuarat sering diadakan(membincangkan hal dakwah,masyarakat,ekonomi,budaya malah apa sahaja untuk kepentingan Islam)sentiasa ada yang beriktikaf.Masjid hidup sebagai tempat mewujudkan hubungan dengan Allah dan mewujudkan hubungan sesama manusia.Wujudlah masyarakat Islam dari sini dan seluruh hidup dibangunkan cara hidup Islam lantaran solat dan masjid hidup!
No comments:
Post a Comment