Tuesday, 27 August 2013
APA YANG KITA MAKAN?
Sayidina Abu Bakar r.a. memuntahkan semula susu yang disyaki subahat.Begitu pentingnya bab makanan dalam kehidupan.Apa yang dimakan akan memberi kesan pada hati.Bersih atau kotornya hati berkait dengan apa yang dimakan.Hati yang bersih melahirkan sifat mahmudah.Hati yang kotor melahirkan sifat mazmumah.Makan minum sudah tidak diberi perhatian lagi.Ramai yang mengambil jalan mudah asalkan nampak bersih sedangkan yang bersih itu tidak semestinya halal.Boleh jadi sembelihan yang tidak menepati syariat,bahan masakan dari sumber tidak halal apatah sekarang ni banyak perkara tak halal yang bersembunyi di sebalik istilah yang kita tidak mengerti.Ramai peniaga yang kerana inginkan keuntungan berlipat ganda tidak memikirkan sangat akan perkara berkaitan.Asalkan murah dan mendapat keuntungan.Tidak menjaga makanan memberi kesan pada hati,degil,derhaka,tidak beramal,malas beribadah,beribadah tetapi tiada manisnya lagi,hukum hakam Allah dipermainkan,kebenaran ditentang,kebatilan ditegakkan malah dipertahankan dan banyak lagi semua ini lantaran hati yang kotor dan mati disebabkan telah dikotorkan oleh makanan yang tidak halal.Abu Soleh yang sedang bertafakur di tepi sungai tiba tiba berasa lapar dan ternampak sebiji buah lalu tanpa berfikir panjang terus ambil dan makan.Tersentuh hatinya sebab rasa bersalah sebab makan buah tanpa izin tuannya.Mencari tuan empunya setelah bertemu mohon dihalalkan,namun tuan punya kebun memberi syarat kalau nak dihalalkan perlu bekerja di kebunnya selama 12 tahun!Sanggup tak kalau kita diberi syarat begitu!Agaknya lari malam lah kita!Abu Soleh sanggup asalkan mendapatkan kemaafan,kerana melihat peri pentingnya menjaga hati.Hati ditempa oleh makanan.Setelah cukup masa disyaratkan lagi agar berkahwin dengan anaknya Fatimah yang dimaklumkan pada Abu Soleh anaknya itu buta,pekak dan cacat anggota tangan dan kaki!Abu Soleh tetap sanggup asalkan mendapat kemaafan!Setelah dinikahkan alangkah terkejutnya Abu Soleh sebab isterinya itu cantik dan sempurna tidak seperti mana yang digambarkan!Ayah mertuanya menjelaskan yang dimaksudkan buta itu sebab tidak memandang perkara maksiat,pekak kerana tidak mendengar perkara yang melalaikan,tiada tangan kerana tidak pernah menyentuh perkara yang diharamkan dan tiada kaki kerana tidak pergi ke tempat maksiat!Subhanallah!Beginilah hebatnya orang yang menjaga hatinya.Sanggup bersusah payah semata mata mendapat kemaafan agar terpelihara hati!Tidak hairanlah kalau zuriat pasangan inilah telah menjadi Sultanal Aulia iaitu Syeikh Abdul Qadir Jilani!Mari kita kembali mengamalkan makanan sunnah membiasakan makan kurma(bukan hanya bulan ramadhan)kismis,minyak zaitun,habbatussawda,minum susu kambing,makan daging kambing dan makan buah2an antaranya tembikai,delima.Pahala sunnah dapat hati pun terbentuk dengan kebaikan.Hati bersih,akal cerdas dan badan pun kuat!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment